sharing is caring

toing..toing..

:) tengs..

Apr 21, 2012

Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadanya..

Apr 20, 2012

panduan mncari jdoh..!!:)

Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG,

Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,

Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT

Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
Kerana disitu letaknya pintu SYURGA..! 

saye sedang mencari.... mne ekkk????

Apr 16, 2012

sekadar renungan:)

‎~ Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” 
Pad...ahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

# P/S : Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian... Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan..JAGA HATI :) ~

Apr 7, 2012

its about LOVE

♥ ~CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA.. bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..

♥~CINTA kerana WANG, sangat mudah TERBANG.. ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..

♥~CINTA kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT.. manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..

♥~CINTA kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI.. bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..